KERETA TERBAKAR SELEPAS TERLIBAT DALAM KEMALANGAN DI PEKAN BAU

Bau– Seorang individu terselamat apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan lalu terbakar dalam kejadiaan di Jalan Tasek Biru, Bau di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.53 pagi itu, dua buah kenderaan bertembung dari arah bertentangan. Impak dari pelangaran tersebut telah menyebabkan kereta Proton Pesona terbakar.

Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Pegawai Bomba Kanan II Abu Rahim bin Hj Poji memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 2.53 pagi.

“Bomba berjaya memadam kebakaran pada pukul 3.05 pagi dengan menggunakan dua jentera dan satu utiliti. Hasil siasatan awal mendapati kereta Proton Pesona terbakar kira-kira 100 peratus,” katanya.

Bagaimanapun pemandu Perodua Kembara tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Bau bagi mendapatkan rawatan.

-wiraalam@SA-

Fotos ehsan Pusat Gerakan Operasi Bomba

Leave a Reply