BENGKEL PENYELARAS PRO DENGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SARAWAK

Kuching 23 Mac 2019 – Seramai 42 Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah menamatkan Bengkel Penyelaras PRO di Santubong semalam.

Mordiah Sulaiman (duduk tengah bergambar bersama peserta selepas majlis penutupan

Bengkel yang diadakan selama empat hari telah memberi peluang kepada peserta kursus untuk mendalami ilmu Perhubungan Awam, merakam gambar, mengedit video serta penulisan berita.

Unit Komunikasi Awam Sarawak turut memberi ceramah serta tunjuk ajar dalam pengurusan kes sebelum serta semasa bencana dan menjawap isu isu yang dimainkan oleh orang awam.

Peserta turut diberi latihan amali serta kerja lapangan dalam mengambil cerita, gambar serta video secara berpasukan supaya mereka dapat merasai suasana dilapangan.

Bengkel Penyelaras

Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Strategic JKMS

Mordiah Sulaiman menyatakan rasa bangganya kepada peserta bengkel yang berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki.

“ Anda semua akan barisan hadapan untuk menaikan imej jabatan serta kursus ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dan terima kasih kepada tenaga pengajar yang menjayakan kursus ini.” tambah beliau semasa ucapan majlis penutupan.

Menurut salah seorang peserta Hafizuddin Saili “ Banyak saya pelajari dalam bengkel ini. Dahulu tak pernah membuat berita dan merakam dan mengedit video tetapi sekarang saya bertambah yakin selepas mengikuti bengkel ini”.

“ Saya dan kumpulan kami berbesar hati dengan pemilihan video serta gambar tugasan kumpulan kami sebagai gambar serta video terbaik pada bengkel kali ini.” tambah beliau lagi.

iNFO Zulazhar Sheblee

Leave a Reply