SELAMAT HARI LAHIR SENIMAN AGUNG

Hari ini Jumaat 22 Mac 2019 genaplah 90 tahun usia seniman agung dunia Melayu, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Walaupun dari sudut fakta yang sebenar tarikh lahir beliau jatuh pada 23 Mac 1928, jika dirujuk kepada tarikh 1 Syawal seperti yang dimaklumkan oleh beliau dalam satu temuramah. Tetapi saya lebih selesa menggunakan tarikh lahir di dalam catatan kad pengenalan beliau.

Dilahirkan dengan nama Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh merupakan anak tunggal dari pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim dengan Che Mah binti Hussein. Pada tahun 1947 beliau telah menukarkan namanya kepada P.Ramlee dan dikenali sehingga sekarang.

Huruf ‘P’ dalam nama P.Ramlee merujuk kepada nama bapanya, ‘Puteh’ manakala nama Ramlee pula adalah nama panggilannya dikampung oleh kerana ibunya sukar memanggilnya dengan nama Teuku Zakaria.

Selepas 46 tahun pemergiannya karya seni peninggalannya masih segar dikalangan masyarakat di Malaysia malahan di Nusantara. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Gagak di rimba yang masih bertakhta di belantara seni.

via Zainal Bojet Bekam

Leave a Reply