ADUAN ANAK BUAYA SERING SANTAI DI KAWASAN RUMAH

Sibu: Gambar kelibat seekor anak buaya di tepi parit yang sedang diperhatikan oleh seekor anak anjing yang sempat dirakam oleh seorang pengguna Facebook pada 6 Mac 2019 yang lalu dan kini dikatakan anak buaya tersebut sering muncul telah menimbulkan kerisauan kepada penduduk di Taman Perumahan Poh Yew, Sibu.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, biarpun sang bedal itu masih kecil, namun mereka khuatir jika ada anak, sudah pasti ada ibunya dikawasan sekitar.

Rentetan dari kejadian tersebut salah seorang penduduk yang tinggl di kawasan berkenaan telah datang sendiri ke Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dan membuat laporan berkaitan kejadian pada pukul 5.43 petang semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Penolong Kanan Bomba Nurhasrita binti Manan berkata, seramai lapan anggota terus bergerak ke lokasi dan tiba di lokasi 12 minit kemudian terus membuat tinjauan di sekitar kawasan. Hasil pencarian buaya tersebut gagal dikesan dan dipercayai masuk ke dalam parit kemudiaan lari ke dalam kawasan paya yang berhampiran.

Penduduk dinasihatkan sentiasa mengawasi kawasan sekitar dan menghubungi Sarawak Forestry serta pihak Bomba sekiranya masih ternampak kelibat kemunculan anak buaya tersebut,”katanya lagi.

Buaya gagal dikesan dan operasi pencarian di tamatkan pada pukul 6.10 petang,”ketika dihubungi.

-min-

Leave a Reply