[MORE FOTOS & VIDEO] KEBAKARAN RUMAH DI KAMPONG BENUK PADAWAN

Padawan: Dua buah rumah separa kekal musnah dalam kebakaran di Lorong 9C, Kampung Benuk, Padawan, di sini pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan seramai 13 orang mangsa terdiri daripada 2 buah keluarga kini tinggal sehelai sepinggang.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Penolong Penguasa Bomba Zian Azizi bin Yusuf berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.25 pagi.

“Sebanyak 18 anggota dari dua buah balai iaitu Balai Bomba Penyelamat (BBP) Siburan dan Batu Lintang, diketuai oleh Komander Operasi Ketua Balai Penolong Penguasa Bomba Sulaiman bin Ahmad digerakkan ke lokasi.

“Sejurus tiba di lokasi, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan 2 buah rumah separa kekal yang hangus terbakar 75 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran berkenaan pada 10.05 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Kredit Fotos Markos Sipiret

Leave a Reply