Kereta parking depan rumah terbakar 😢

Sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang berada ruang tempat letak kereta rumah telah terbakar 100 peratus l dalam kejadiaan yang berlaku beralamat di Lorong 3E, Taman Matang Perkasa, Matang Jaya.

Pihak Bomba membuat operasi pemadaman menggunakan 2 aliran salur bantu mula dan sumber air dari tangki jentera.

Menurut saksi, kebakaran bermula dari ruangan enjin telah merebak ke seluruhan bahagian kenderaan dan telah menjejaskan struktur di ruang letak kereta yang dianggarkan telah 10% terbakar.

Ketika kejadian seorang wanita berumur 30an bersama seorang kanak-kanak berumur 6 tahun bertindak berlari keluar rumah menyelamatkan diri sejurus menyedari kebakaran tersebut dan dalam keadaan truma telah ditenangkan oleh unit EMRS. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1.40 petang.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian maseh dalam siasatan.

Leave a Reply