Sebuah rumah musnah terbakar

Limbang: Sebuah rumah lama tidak berpenghuni musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Pandaruan, Kampung Pelita sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Tawang anak Linggem berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut kira-kira jam 5.26 pagi.

Menurutnya, enam anggota bomba dari BBP Limbang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Zakaria Md Nor bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman.

“Setibanya pasukan pemadaman di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah tidak berpenghuni yang telah terbakar 100 peratus.

“Pasukan menggunakan dua aliran salur bantu mula untuk mengawal kebakaran dari merebak,” katanya ketika dihubungi pemberita pagi tadi..

Beliau berkata pihak bomba mengambil masa lebih kurang 9 minit untuk mengawal kebakaran dan pemadaman penuh berjaya ddan operasi tamat pada jam 6.30 pagi,”tambahnya lagi.

-wiraalam-

Leave a Reply