2 penunggang basikal parah

Mangsa berumur 38 tahun terbaring tidak sedarkan diri selepas dirempuh kenderaan. Gambar ihsan Bomba

Kuching: Dua penunggang basikal cedera parah selepas basikal ditunggang dirempuh kereta dalam kejadian di Batu 16, Jalan Kuching-Serian malam tadi.

Dalam kejadian 11.22 malam itu, dua lelaki warganegara Bangladesh dirempuh di bahagian belakang oleh sebuah kenderaan jenis Perodua Kembara. Akibat dari rempuhan itu, kedua-dua mangsa terpelanting di bahu jalan dan tidak sedarkan diri. Bagaimanapun pemandu kenderaan tiada mengalami sebarang kecederaan.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak oleh Pihak Ambulan dan EMRS Bomba.

-SA-

Leave a Reply