Lemas ketika mencari rezeki

Sibu: Seorang lelaki ditemukan lemas ketika memasang perangkap ikan (bubu) di sungai Apong, Lebaan di sini petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Robert anak Menju, 35, ditemukan penduduk kampung dan pasukan bomba petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah Pegawai Bomba Kanan II Shairulnizam bin Wailie berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.34 petang dan seramai sembilan anggota bagi melakukan operasi pencarian di lokasi kejadian.

Lokasi mangsa dijumpai

Menurut saksi, mangsa cuba berenang ke tebing sungai setelah mengikat perahu lalu ditarik arus deras ke dalam terowong air (Calvart) dan terus hilang.

Beliau berkata mangsa kemudiannya berjaya ditemukan pada pukul 7.45 petang. Setelah perbincangan pihak polis dan waris, mayat mangsa dibawa ke rumah panjang. Operasi tamat pada jam 7.56.petang,” katanya dihubungi.

-wiraalam-SA😘

Leave a Reply