KANAK KANAK DI TEMUI LEMAS DI ANAK SUNGAI BATU 2 JALAN SULTAN ISKANDAR BINTULU

Lokasi dimana mangsa dijumpai

Seorang kanak kanak lelaki Raymond Machan ak Elizabeth Gandu yang berusia 2 tahun dikatakan bermain seorang diri di atas jeti dan kehilangan mangsa hanya disedari ketika ahli keluarga mencari mangsa.

Mangsa telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sungai oleh ahli keluarga mangsa sebelum ketibaan pihak Bomba. Mangsa diserahkan kepada unit EMRS Bomba untuk mendapatkan rawatan awal dan terus dibawa ke Hospital Bintulu.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Bintulu pada jam 3.20 petang tadi.

Gambar ihsan dari francis ngu hown hua

Leave a Reply