CEBISAN TULANG DAN RANGKA MANUSIA DI TEMUI DALAM PERUT BUAYA

Bintangor: Misteri kehilangan seorang warga Indonesia yang dikenali sebagai Yosep Tesu, 20an di kawasan Zumida Oil Palm Sdn Bhd telah terjawap setelah pasukan SAR yang turut disertai Pawang Buaya berjaya menangkap seekor buaya berukuran panjang 14 kaki,lebar 2 kaki dan ukuran kepala buaya 1.5 kaki.

Perut buaya terpaksa dipotong oleh pihak PDRM dan Perhilitan telah menemui beberapa cebisan tulang dan rangka manusia. Komander Operasi PBT Razali bersama agensi terlibat memutuskan Operasi SAR di tamatkan sepenuhnya pada 17/3/2019 jam 5 petang dan menyerahkan tugasan selanjutnya kepada pihak PDRM.

Leave a Reply