KERETA TERJUNAM KE DALAM SUNGAI DI PANGKALAN FERI KABA SUNGAI KRIAN

Kabong: Seorang lelaki warga emas terselamat, selepas kereta yang dipandunya terjatuh dari pengkalan Feri Kaba Sg Krian di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, Penolong Penguasa Bomba Nazry Bin Mohamat berkata, sembilan anggota bomba yang di ketuai oleh PBK II Yusuf Tamin bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada 7.31 pagi tadi.

“Mangsa yang di kenali sebagai Ali anak Ranggi memaklumkan bahawa dia berseorangan dalam perjalanan untuk bermalam di rumah anaknya di Kuching kerana pada keesokan pagi hendak pergi ke Pusat Jantung Kota Samarahan bagi menghadiri temu janji.

“Kereta mangsa terjatuh kerana pemandunya tertekan pedal minyak menyebabkan kereta itu terjunam dalam sungai,” katanya.

“Menurutnya, setiba di lokasi kejadian terdapat seorang mangsa telah berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Mangsa enggan dihantar ke Hospital dan hanya diberi rawatan awal oleh Pasukan EMRS Bomba. Operasi tamat pada jam 8.55 pagi.

FOTO dari Encik Frank

Leave a Reply