AADK GEMPUR KAMPONG KAMPONG DI PETRA JAYA KUCHING

KUCHING, 12.3.2019 @ 8.00 MALAM HINGGA 2.00 PAGI AADK Daerah Kuching telah menjalankan operasi dibeberapa buah lokasi yang berbeza antaranya Kampung Lintang, Siol Kandis, Kampung Bintawa, Kampung Pulo Hilir, Kampung Gita Dan Bandar Baru Samariang yang diketuai oleh Encik Lalang ak Buges Ketua Unit Penguatkuasaan Dan Keselamatan AADK Daerah Kuching telah berjaya menahan 6 Orang Lelaki dan seorang perempuan yang didapati positif dadah jenis Methamphetamine @ syabu.

Seorang daripada saspek yang ditahan telah telah dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan diatas kesalahan Langgar syarat pengawasan dari tarikh 13.3.2019 di penjara puncak borneo, seorang lagi telah diperintahkan untuk menjalani pemeriksaan mental di hospital sentosa kuching.

5 lagi yang ditahan akan disiasat dibawah seksyen 3 Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan) 1983.

iNFO AADK Sarawak

Leave a Reply