BAS TERJUNAM KE DALAM GAUNG DI JALAN TAMIN SELANGAU TENGAH MALAM TADI

Sibu: 12 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas setelah bas yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik dan jatuh ke dalam gaung di Jalan Tamin-Selangau berbampiran dengan SK Batu 36 Tamin pada jam 12.30 tengah malam tadi.

Kejadian berkenaan bagaimanapun hanya mengakibatkan seorang penumpang mengalami kecederaan manakala kesemua yang lain terselamat daripada sebarang kecederaan serius.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Sibu, Nur Hasrita berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 1.35 pagi dan jentera Unit EMRS Bomba tiba di lokasi 55 minit kemudian.

“Di lokasi kejadian kami dimaklumkan terdapat seorang penumpang lelaki warga indonesia cedera dan manakala 11 penumpang lain termasuk pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kesemua mangsa sudah berjaya dibawa keluar sebelum tibanya pihak bomba dan keadaan cuaca pada masa kejadiaan adalah baik katanya ketika dihubungi.

-wiraalam-

Leave a Reply