AJAL DIPISAHKAN BEBERAPA SAAT

KUCHING: Sebuah keluarga terselamat daripada rentung apabila sempat keluar dari kereta yang tiba-tiba terbakar di Batu 9, Jalan Kuching-Serian di sini sebentar tadi.

Pasangan suami isteri dan tiga anak mereka dipercayai bernasib baik kerana terhidu bau asap dan terus memberhentikan kereta dalam kejadian sekitar jam 8.30 malam.

Difahamkan, pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Rosli, 43, bersama keluarganya dalam perjalanan balik dari bengkel kereta selepas membaiki kebocoran pada tangki minyak petrol. Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian belakang, katanya.

Tambahnya lagi, baru beberapa saat selepas kesemua berjaya keluar dari kereta Proton Saga yang dinaiki oleh mereka tiba-tiba meletup dan terbakar.

“Menurut saksi di tempat kejadian, pengguna jalan yang melihat kejadian tersebut sedaya upaya membantu memadamkan kebakaran tersebut namun tidak berjaya kerana api marak dengan cepat.

Jurucakap Bomba Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang, Pegawai Bomba Kanan II Berjaya bin Udin berkata, seramai lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian setelah menerima panggilan dari orang awam pada pukul 8.49 malam.

“Setiba di tempat kejadian, kenderaan tersebut telah musnah terbakar seratus peratus dan pihak bomba mengambil masa 10 minit bagi mengawal kebakaran.

“Tiada melibatkan sebarang mangsa dan operasi tamat pada jam 9.23 malam, katanya selepas di hubungi sarawak edition.

Leave a Reply