11 PENAGIH DADAH DIKESAN DI LIMBANG DAN LAWAS

LAWAS & LIMBANG: 11 & 12. 3.2019 Sejumlah 11 orang penagih dadah ditahan selepas didapati positif dadah dalam sebuah Operasi Bersepadu di beberapa lokasi termasuk Kpg. Awat-awat Sundar di Lawas dan Kpg Pelita, Kpg Limpasong serta kawasan bandar Limbang malam tadi.

Operasi yang melibatkan AADK daerah miri,bintulu mukah dan daerah limbang ini turut disertai oleh ybhg Timbalan Pengarah penguatkuasaan AADK Sarawak Puan Winnie lugit.

Melalui kenyataan beliau kesemua yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 48 tahun didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan seorang daripada jumlah tersebut adalah warga asing. Saspek tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Bahagian Limbang untuk tindakan selanjutnya.

Kesemua yang ditahan akan disiasat dibawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

iNFO AADK Sarawak

One thought on “11 PENAGIH DADAH DIKESAN DI LIMBANG DAN LAWAS”

Leave a Reply