KEMALANGAN DI JALAN SARATOK ROBAN ,MANGSA YANG TERSEPIT BERJAYA DI KELUARKAN

Saratok: Pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda (4WD) nyaris maut setelah terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Saratok-Sarikei sekitar jam 11.50 pagi tadi.

Semasa kejadian, pemandu yang dikenali Mohamaf Azraal, 38, sedang bergerak melalui kawasan terbabit tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok, PBK I Kho Boo Jang berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian sekitar jam 11.57 tengah hari dengan anggota seramai lapan orang untuk melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa.

“Penumpang kenderaan dikenali sebagai Roslan, 51, berjaya dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

Kenderaan mangsa dilaporkan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan berikutan impak kuat dari kemalangan itu, katanya.

Tambahnya lagi, pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan pemandu yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Mangsa telah mengalami kepatahan di kaki kiri dan seterusnya diserahkan kepada pihak Ambulan untuk dibawa ke Hospital Saratok bagi menerima rawatan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.37 tengah hari, katanya.

Leave a Reply