PENIAGA PUTUS TANGAN DI SERANG SEORANG LELAKI DENGAN PARANG DI KABONG

Seorang lelaki peniaga kedai runcit cedera parah apabila di tetak oleh seorang lelaki di Pekan Kabong Sarawak pada malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mordani Tanin ,saspek lelaki yang berumur 24 tahun meluru ke dalam kedai lalu menetak peniaga itu dengan sebilah parang sebanyak 3 kali.

Mangsa yg terperanjat hanya mampu menggunakan tangan untuk mengelak libasan parang itu.Serangan itu mengakibatkan tangan kiri mangsa terputus.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke hospital Sarikei.Manakala saspek dalam kes ini berjaya diberkas pihak Polis Kabong.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply