KERETA HILANG KAWALAN LALU MENJUNAM KE DALAM GAUNG

Song: Seorang wanita nyaris maut setelah kereta yang dinaiki terbabas ke bahu jalan lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam 6 meter di Bukit Selabi, Jalan Takan, Song di sini, petang petang tadi.

Dalam kejadian itu, kereta yang dipandu seorang wanita, 39, dalam perjalanan menuju ke pekan Song sedang bergerak melalui kawasan terbabit hilang kawalan sebelum dikatakan terlanggar penghadang jalan lalu terjatuh ke dalam gaung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song Penolong Peguasa Bomba Fredrick anak Aok berkata, seramai tujuh anggota dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.04 petang.

Katanya, sejurus sampai di lokasi kejadian, didapati sebuah kenderaan Perodua Axia telah terjunam masuk ke dalam gaung sedalam 6 meter.

“Menurut sumber mangsa telah berjaya keluar sendiri dari kenderaan tersebut tanpa mengalami sebarang kecederaan ringan.

Tambahnya lagi, pihak bomba membantu mengeluarkan barang-barang penting kepunyaan mangsa dan telah diserah kepada keluarga.

Operasi ditamatkan pada pukul 3.40 petang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s