KEBAKARAN 2 BUAH RUMAH DI KAMPONG SINDANG BARU KOTA SAMARAHAN

Kota Samarahan: Dua kediaman termasuk sebuah rumah yang dibina bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) musnah terbakar di Kampung Sindang Baru, Kota Samarahan di sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan, Pegawai Bomba Kanan II Gilbert anak Majem dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.17 petang san dengan kekuatan tujuh anggota bergerak ke lokasi kejadiaan.

“Setiba dilokasi kejadian kebakaran telahpun memusnahkan lapan puluh peratus sebuah rumah PPRT struktur separuh kekal manakala bahagian belakang rumah yang bersambung berukuran 18 x 30 kaki persegi pula telah musnah seratus peratus.

Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.Dan punca kebakaran maseh dalam siasatan.

Leave a Reply