Rumah setinggan musnah terbakar

Sibu: Kira-kira 11 pintu rumah setinggan musnah dalam kejadian kebakaran di jalan Seng Ling, Sibu, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, kebakaran tersebut melibatkan satu blok sebelas pintu rumah setinggan keluasan kira-kira 10×20 kaki musnah 100 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Penguasa Bomba Wan Abdul Mubin bin Wan Abdullah memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.59 malam dan terus mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu lokasi kejadian melalui jarak lima kilometer.

Mangsa kebakaran yang berjaya menyelamatkan diri

“Sepasukan 15 anggota termasuk pegawai diarahkan dengan menggunakan tiga buah jentera dan satu utiliti bagi mengawal kebakaran itu.

“Pasukan bomba berusaha mengawal kebakaran tersebut untuk memastikan api padam sepenuhnya dan kawasan diisytihar selamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, operasi dilaporkan terkawal dan tamat sepenuhnya pada pukul 1.09 pagi.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” jelas kenyataan itu.

-wiraalam-

Leave a Reply