MANGSA KEBAKARAN RUMAH SETINGGAN DI SIBU TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG 😢

Kebakaran melibatkan 11 Unit rumah setinggan di tapak pembuangan sampah di jalan Seng Ling Sibu semalam dan punca kebakaran masih tidak diketahui.

Sebanyak 30 orang mangsa dari 11 keluarga tinggal sehelai sepinggan dan kini menetap sementara di rumah saudara mara mereka.

Menurut Kapt (PA) Frankie Ak John Jawan dari APM Sibu,setakat tinjauan pada jam 3 petang tadi belum ada bantuan yang disalurkan daripada agensi kerajaan dan NGO.

Fotos ehsan APM Sarawak

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.