LELAKI LEMAS SELEPAS TERGELICIR KETIKA MANDI DI KOLAM

Bintulu: Seorang lelaki warga indonesia lemas dipercayai terjatuh ketika hendak mandi di kolam di KM 38 jalan Persisiran Pantai Miri-Bintulu, Bintulu, di sini pagi tadi.

Difahamkan mangsa Muhammad Supandi, 22, kurang mahir berenang telah tergelincir ketika sedang mandi bersendiriaan pagi tadi di kolam berkenaan sebelum kejadian berlaku.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Penguasa Bomba Wan Abdul Mubin bin Wan Abdullah memberitahu, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadiaan pada jam 10.37 pagi tadi.

“Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Mostapha bin Wasli bergegas kelokasi kejadiaan.

“Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu oleh pekerja ladang dengan menggunakan jentera pengorek bagi membuat laluan keluar air dari kolam ke pantai yang berdekatan.

Mangsa telah dijumpai san seterusnya di serahkan kepada pihak polis untuk tindakan, katanya.

Tambah kenyataan itu, operasi tamat sepenuhnya pasa pukul 12.21 tengah hari.

-wiraalam-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s