Lelaki dikhuatiri lemas di temui selamat

Kabong: Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam akibat dipukul ombak di pantai Kampung Ulu Masjid Kabong, Saratok, di temui selamat petang tadi.

Onn Yassar bin Mohamad, 25, ditemui oleh orang awam di kampung Supa, Spaoh dalam keadaan selamat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok, Penolong Penguasa Bomba Nazry bin Mohamat ketika dihubungi berkata, berdasarkan laporan awal yang diterima, mangsa telah keluar seorang diri pada 9 pagi kelmarin (08.03.2019) dengan menaiki bot milik bapa saudaranya dan tidak pulang sehingga pagi tadi.

Bimbang dengan keadaan itu bapa mangsa telah membuat laporan polis dan mohon bantuan pasukan bomba.

Tambannya lagi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok menggunakan sebuah Utiliti dan bot penyelamat yang di ketuai oleh PBK I Kho Boo Jang ke lokasi kejadiaan.

“Mangsa dikatakan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing pantai dan telah dijumpai oleh orang awam.

“Lelaki yang ditemui dalam keadaan lemah dibawa ke rumah penduduk diberi makan dan minum berikutan telah hilang semalaman.

Operasi Mencari dan Menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 3.30 petang.

-wiraalam-

Leave a Reply