“JOMRIDES” SERVIS eHAILING TERBARU OLEH ANAK SARAWAK

Perlancaran program e-komuniti JOMRIDES oleh Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak, Datu Len Talif Salleh di SMA Tegas Digital Innovation,iCOM Square Kuching pagi tadi.

JomRides merupakan platform komuniti “ride hailing” yang pertama di Malaysia mengamalkan konsep perkongsian keuntungan kepada RakanJomRides untuk menjana pendapatan secara berterusan. Setakat ini, seramai 14,000 ribu pemandu telah berdaftar sebagai RakanJomRides di seluruh negara sejak ia mula diperkenalkan pada bulan Januari 2018. Sejak ia mula beroperasi, seramai 50 ribu orang penumpang (Riders) telah menggunakan khidmat “ride hailing” JomRides.

Aplikasi JomRides boleh dimuat turun dengan mudah melalui telefon pintar menerusi Google Play Store (Android) dan Apple App Store (iPhone) Melalui pelancaran oHaa, produk terbaharu JomRides ia akan mengubah lanskap industri “ride hailing” selari dengan kemajuan teknologi aplikasi yang dibangunkan oleh USGA (Malaysia) Sdn. Bhd. dan galakkan berterusan daripada kerajaan negeri Sarawak dengan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.

Selain itu, oHaa juga akan mampu membantu industri lain dalam memperkasakan perniagaan dengan mentransformasikan serta menambahbaik operasi syarikat masing-masing.

Program eRezeki yang dilaksanakan oleh pihak MDEC dengan kerjasama pelbagai platform seperti JomRides, membolehkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital melalui platform berasaskan model “crowdsourcing” atau “sharing economy” secara atas talian atau menerusi aplikasi telefon pintar.

Leave a Reply