Buaya Sesat berjaya ditangkap

Bintangor : Penduduk gempar apabila mejumpai seekor buaya sesat di tepi jalan Taman Foh Phin di sini petang tadi.

Buaya yang berjaya ditangkap oleh anggota bomba

Ketua operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong PBK I Hasman Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam pada jam 6.47 petang. Seramai 9 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadiaan.

“Setiba di lokasi kejadiaan, didapati seekor anak buaya sepanjang 3 kaki berada di tapi jalan dan pihak kami menggunakan kain serta penjerut bagi menangkap buaya tersebut.

Buaya tersebut diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry untuk tindakan lanjut, katanya.

Operasi tersebut tamat pada jam 7.49 petang.

-wiraalam-

Leave a Reply