Wanita yang dilaporkan hilang dijumpai di dalam pondok simpanan padi

Serian: Seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di kampung Bugu Mawang sejak semalam telah ditemui selamat hari ini.

Pegawai Operasi Zon 2 Muhd Syamil Mustafa Kamal berkata, mangsa yang dipercayai mengalami masalah ganguan mental itu ditemui di pondok tempat penyimpanan padi iaitu kira-kira 1 km dari rumahnya.

“Pihak bomba terpaksa memujuk mangsa sebelum berjaya dibawa keluar dari pondok berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat ditamakan sepenuhnya pada jam 4.30 petang,” katanya.

-wiraalam-

Leave a Reply