“Coretan Admin hari tok” Sesungguhnya dlm kesusahan Kita Ada lagi insan lebih susah Dari Kita. Dalam penderitaan Kita Ada lagi insan lebih derita.Dalam kebebanan Kita Ada lagi insan yg lebih terbeban Dari Kita…

Pakcik Ahsew duduk keletihan sambil melihat hasil kutipan
Sambil aku menikmati makanan tengah hari siang tadi, mata ku terpadang seorang lelaki berpakaian lusuh berjalan terhencot-hencot sambil membawa satu bungkusan plastik menghala ke arah ku.

Lalu aku menyapanya dan bertanya”, Hi pakcik, kitak dah makankah belom?Bedau,”jawapnya. Aku terus mempelawa pakcik duduk dan manu nasi ayam serta teh ais menjadi pilihannya.

Sebelum admin meneruskan coretan ini, kisah Pakcik nama sebenar Ahsew anak Rambut, 66, pernah kita kongsikan dari followers tiga tahun yang lepas dan aku tahu serba sedikit latar belakang beliau.(Iklan 😁)

Sambil menunggu makanan sampai, sempat aku bertanya beberapa soalan kepadanya.” Kitak dapat dah bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kah? “PUJI TUHAN“, ayat yang pertama keluar dari mulutnya. ” bisik bantuan ari JKM rm300 sebulan,” sambungnya lagi.

Tahniah JKM Bahagian Kuching kerana telah membantu meringankan sedikit beban pakcik Ahsew.

😍 seronok nangga pakcik makan

Makanan yang dipesan sampai, aku biarkan pakcik untuk menikmati makanannya. Melalui perbualan singkat kami, isteri kesayangannya telah meninggal dunia pada tahun 2007 dan kini pakcik tinggal bersama anak tunggal bersama isterinya dan seorang cucu.

Hasil kutipan ari tok. Sik sampai 1 kg

Pakcik Ahsew terpaksa berjalan sejauh 5 KM sehari dari Siol Kandis ke port hariannya iaitu di Teh Tarik Demak. Keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan berikutan faktor umur pakcik Ahsew tidak dapat membuat kerja-kerja berat dan hanya mengharapkan pendapatan dengan menjual bekas tin minuman dan pendapatan harian adalah rm5 ke rm10.

Masa tidak mengizinkan dan aku terpaksa pegi untuk urusan peribadi. Kepada sesiapa yang melihat kelibat pakcik Ahsew di kawasan Teh Tarik Demak, diharap dapat memberi sedikit sumbangan bagi meringankan sedikit beban.

Percayalah dengan bersedekah Allah akan luaskan rezeki kepada hamba²Nya.
Kita meringankan beban orang dalam kesusahan. Allah akan gandakan rezeki kita dan Allah beri kita kesenangan. In sha allah….

-wiraalam-

Leave a Reply