Maksud disebalik tatu ‘Bunga Terung’

Kaum Iban Sarawak memang cukup terkenal dengan negeri yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Salah satu kaum yang cukup terkenal dengan keunikannya pakaian tradisional, tarian tradisi turun temurun ialah masyarakat kaum Iban.

Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak, mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarekei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri.

Suatu ketika dahulu masyarakat Iban di negeri ini terkenal dengan tradisi ngayau yang membawa maksud memenggal atau memburu kepala musuh.

Kisahnya pernah diabadikan oleh penulis terkenal Barat, Carl Bock di dalam bukunya The Head Hunters of Borneo yang diterbitkan pada 1881.

Kira – kira tiga juta orang Dayak yang merangkumi suku Iban , Melanau , Orang Ulu , Kayan , Penan dan lain-lain yang menetap di sarawak . Setiap suku ini mempunyai bahasa dan budaya tersendiri yang sukar ditemui Selain di Sarawak

Walaupun terdapat banyak perbezaan antara suku-suku kaum ini namun terdapat satu persamaan yang umum iaitu tradisi mencacah tatu.

Amalan mencacah tubuh atau bertatu di kalangan generasi dulu dan kini berbeza kerana dulu, tatu menjadi budaya, identiti dan status yang mengkelaskan kedudukan kumpulan masyarakat atau sesuatu kaum.

Tatto bagi masyarakat Iban dimasa lampau merupakan simbol fisik yang secara langsung memperlihatkan sosial seseorang dalam masyarakat.

Bagi masyarakat dayak Iban terdapat tujuh bentuk motif Tatto biasa yang digunakan oleh masyarakat dayak Iban saat ini iaitu ukir rekong, bunga terong, ketam, kelingai, buah Andu, bunga Ngkabang atau bunga tengkawang, bunga terung keliling pinggang.

Dari sisi mitologis, masyarakat Dayak Iban percaya Patara (Tuhan) menghendaki orang Iban bertatto sebagai penanda bagi Patara untuk mengenali orang-orang Iban.

Salah satu jenis tatu yang sering dilihat pada masa kini adalah tatu bunga terung. Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah maksud ‘bunga terung’ yang dicacah di bahu kanan dan kiri mereka. Tatto bermotif bunga terong tidak sembarangan dimiliki oleh semua kalangan masyarakat.

Tatto bungga terong merupakan hasil dari seni dan tradisi di Kalimantan Barat. Tatto bunga terong merujuk maknanya pangkat atau kedudukan sebab umumnya letak pertama ada di bahu.

Corak ini akan dicacah atau dipantang pada kedua-dua belah bahu orang lelaki. Hanya orang lelaki yang mempunyai tatu ini kerana mereka mempunyai tanggungjawab yan besar dalam sesebuah keluarga.

Tatu tersebut dikatakan mempunyai semangat spritual yang tinggi kepada si pemilik tatu iaitu ianya memberi kekuatan kepada bahu kerana segala aktiviti berat akan dipikul di bahu , seperti contoh memikul bebanan sebagai anak laki-laki kepada keluarganya.

Di tengah ‘bunga terung’ pula terdapat corak pusaran yang melambangkan hidup baru dan mendapat pengaruh daripada perut berudu. Tatu ini merupakan azimat dan ‘ mantera wheel’ bagi mereka yang mengembara.

Bagi masyarakat Dayak Iban, seseorang yang memiliki tatto bunga terong di sekeliling pinggang biasanya lapan buah bererti orang itu sudah mempunyai banyak pengalaman.

Selain itu maksud tatto bunga terong juga merupakan satu petanda mereka yang sudah cukup puas merantau dan menguasai ilmu pengetahuan.

Di Semenanjung, tatu secara umumnya dianggap lambang bagi kumpulan kongsi gelap atau sekadar suka-suka. Namun, bagi masyarakat Iban di negeri ini, ia adalah lambang kelakian, kepahlawanan, kemenangan perang serta mengangkat status seseorang lelaki.

Anak iban page

Leave a Reply