Lelaki mati dihempap gajah

NEW DELHI: Seorang lelaki maut selepas secara tidak sengaja terjatuh dan dihempap seekor gajah ketika memandikan haiwan berkenaan.

Dalam satu rakaman kamera keselamatan, Arun Panikkar, 40, dilihat memandikan haiwan berkenaan di sebuah tempat jagaan gajah di Karappuzha di daerah Kottayam, Kerala di selatan India baru-baru ini.

Lelaki itu dilihat mengarahkan gajah berkenaan berbaring untuk membersihkan belakangnya tetapi haiwan itu enggan.

Panikkar kemudiannya mengambil rotan dan terus memukul gajah itu tetapi dia tergelincir lalu jatuh dan pada masa yang sama haiwan itu terus berbaring serta menghempap badan lelaki berkenaan.

Seorang lelaki muncul untuk membantu Panikkar dan cuba menggerakkan gajah berkenaan tetapi tidak berjaya.

Gajah itu akhirnya bangun selepas lelaki itu memukulnya sebelum dia menarik Panikkar yang sudah tidak bergerak.

Bagaimanapun, Panikkar sudah meninggal dunia dan doktor memberitahu mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala serta badan.

Polis berkata, satu siasatan dijalankan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu gajah itu dimiliki oleh sebuah yayasan hospital di Kerala.

By Agensi

Leave a Reply