Lelaki hilang selepas buang sampah

Limbang: LELAKI dikhuatiri hilang apabila tidak pulang ke rumah di Kampung Ulak, Limbang, selepas keluar membuang sampah di sungai berhampiran rumahnya, kelmarin.

Baju seluar milik mangsa dijumpai di kawasan tebing sungai. Gambar ihsan bomba

Difahamkan, kehilangan lelaki yang dikenali Jimahat bin Aman yang berumur 54 tahun terbabit disedari oleh ahli keluarganya, sebelum mereka bersama penduduk kampung cuba mencari mangsa dan hanya menjumpai baju seluar serta tong sampah milik mangsa berdekatan dengan kawasan sungai.

Berikutan itu, ahli keluarga lelaki itu membuat laporan kehilangan di Balai Polis Limbang dan mendapatkan bantuan bomba bagi membolehkan operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang Pegawai Bomba Kanan II Mohd Ali bin Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian, 5.42 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat, mangsa telah keluar dari rumah untuk membuang sampah di sungai yang terletak berhampiran rumah pada petang isnin lalu dan tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.

“Tiga anggota terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa di sekitar kawasan yang menjadi lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Operasi turut mendapat bantuan dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) 5 Gabungan Bakti seramai 15 orang dan bersama 20 penduduk kampung. Setakat jam 7.30 petang, mangsa masih belum ditemui,” katanya. Operasi SAR terpaksa ditangguhkan memandang keadaan cuaca semakin gelap dan akan bersambung pada pagi ini.

-wiraalam-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s