Empat tahun jadi hamba seks bapa

Gambar hiasan

PERBUATAN keji seorang lelaki terhadap anak kandungnya terbongkar apabila dia ditahan polis di Kampung Serasot di Bau, semalam.

Bapa kandung yang juga warga Indonesia itu dipercayai menjadikan anak perempuannya berusia 14 tahun sebagai hamba seks sejak empat tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon yang dihubungi mengesahkan perkara itu berkata, suspek ditahan di rumah lelaki itu, jam 11.10 pagi.
“Mangsa pada awalnya datang ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan pada jam 8.30 pagi dan ditemani ibu bapanya kerana mengadu demam.

“Ketika diperiksa, remaja itu juga menceritakan dirinya dirogol oleh bapa kandung sejak berusia 10 tahun apabila ibu dan ahli keluarga lain tiada di rumah,” katanya.

Poge berkata, susulan itu, penolong pegawai perubatan yang memeriksa mangsa membuat laporan polis sebelum tangkapan dibuat.

“Mengikut keterangan mangsa, kali terakhir dia dirogol adalah pada Ahad lalu.

“Kes masih disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply