WANTED : POLIS BURU 3 SASPEK KES PENIPUAN PEKERJAAN 40 WARGA SARAWAK DI KEMBOJA

Kuching: Polis kini mencari tiga suspek lelaki tempatan berhubung kes penipuan pekerjaan 40 rakyat Sarawak di Siem Reap Kemboja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superitenden Mustafa Kamal Gani Abdullah menyatakan dua daripada pada suspek iaitu Lai King Liong 31 tahun dan Chang Ying Shiong 25 tahun merupakan antara 40 warga Sarawak yang balik 17 Februari lalu.

Manakala seorang lagi suspek Mohamad Ghafar Abdul Jamal 26 tahun telah balik ke Kuching dua hari sebelum banglo diserbu polis Kemboja berdasarkan rekod Imigresen.

Sebahagian daripada mangsa juga dikesan pernah ke Kemboja sehingga 17 kali dan menerima gaji menerusi kegiatan berunsur jenayah siber dan tipu panggilan yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa yang beroperasi di dua buah banglo di Siam Reap Kemboja.

Tambahnya mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan ketiga tiga suspek tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Princha Azin atau balai polis terdekat.

Sehingga kini 24 orang telah membuat laporan polis dengan 26 orang telah memberi keterangan manakala baki 12 daripada 40 warga Sarawak yang terlibat masih belum membuat keterangan kes kerana tidak dapat dikesan.

Manakala dua daripada tiga suspek yang direman tempohari dibebaskan dengan jaminan polis.

iNFO RTM Sarawak

Leave a Reply