Lelaki cedera motosikal bertembung kereta

Serian: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta berhampiran kampung Semukoi jalan Serian-Sri Aman di sini pagi tadi.

Foto ehsan BBP Serian

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, Pegawai Bomba Kanan II Sim Mun Chai, berkata, pihaknya menerima panggilan dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak (PGO) pada jam 7.41 pagi. Dengan kekuatan tujuh anggota terus bergegas ke lokasi.

Menurutnya, maklumat dari saksi kejadian” kereta Perodua Axiz dipandu oleh seorang wanita telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal yang datang arah Balai Ringin menghala ke Bandar Serian.

Penunggang motosikal seorang lelaki dikenali sebagai Ramli anak Janau, 51, cedera ringan dan di bawa ke Hospital Serian oleh pihak Ambulan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan selain mengalami kerosakan di bahagian hadapan keretanya akibat melanggar motosikal berkenaan, katanya.

Wiraalam

Leave a Reply