Tujuh ekor kambing peliharaan rentung dalam kebakaran

ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadam kebakarab. Gambar ihsan bomba

Mukah: Tujuh ekor kambing milik seorang penduduk di kampung Telian Laut, Mukah, dekat sini, rentung apabila kandang haiwan ternakan itu terbakar dalam kejadian lewat malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah Pegawai Bomba Kanan II Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 12.39 tengah malam itu sebelum segera ke tempat kejadian dengan kekuatan enam anggota.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian api marak membakar kandang berkenaan sebelum berjaya dikawal dan dipadam hampir 30 minit kemudian.

“Kebakaran tersebut telah memusnahkan 100 peratus kandang kambing berkenaan dan telah menyebabkan 7 ekor kambing mati,”katanya ketika dihubungi Sarawak Edition.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-wiraalam-

Leave a Reply