Tiga terselamat dalam kemalangan kenderaan jatuh gaung di KM 52 Bintulu-Sibu

Kenderaan pancuan empat roda masuk gajng sedalam 30 kaki

Tatau: Dua lelaki dan seorang wanita menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) nyaris maut setelah terlibat dalam kemalangan kendiri di KM 52 Bintulu-Sibu disini petang ini.

Semasa kejadian, kenderaan yang dipandu oleh Allyboy Freddline, 24, sedang bergerak melalui kawasan terbabit tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan lalu terhumban ke dalam gaung sedalam 30 kaki.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa

Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau diketuai oleh Ketua Balai Penolong Penguasa Bomba Nazari bin Harun tiba di lokasi kejadian sekitar jam 12.38 tengah hari dengan anggota seramai lapan orang untuk melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa.

Ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan itu oleh anggota bomba dan kenderaan mangsa dilaporkan mengalami kerosakan teruk di bahagian tepi berikutan impak kuat dalam kemalangan itu.
Mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya dibawa ke Klink Kesihatan Tatau bagi mendapatkan rawatan lanjut.

-wiraalam-

Leave a Reply