Pemandu maut kereta terbabas melanggar pokok

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa. Gambar ihsan bomba

Bintulu: Seorang lelaki maut selepas kereta yang di pandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok di jalan Kidurong disini malam ini.

Menurut jurucakap Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu Pegawai Bomba Kanan II Helman Main berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.43 malam.

“Setiba di lokasi pasukan Bomba mendapati sebuah kereta jenis Toyota Avanza dipandu oleh mangsa Abu Bakar bin Yahya, 40, remuk di bahagian tempat duduk pemandu.

“Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan”, katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-wiraalam-

Leave a Reply