Kereta bertembung 2 cedera

MANGSA wanita 24, menerima rawatan awal dari Unit EMRS Bomba. Gambar ihsan bomba

Kuching: 2 cedera apabila kereta yang dipandu terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku berhampiran dengan SK Rituh KM jalan Kuching-Serian disini malam ini.

Unit EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan terima panggilan berkaitan kejadian dari orang awam pada jam 8.52 malam dan bergegas ke lokasi kejadiaan.

Menurut maklumat yang diperolehi dari saksi di tempat kejadian, kereta yang dipandu oleh seorang lelaki, 20, dari arah Kuching menghala ke Serian hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki bersama seorang wanita, 24, dalam perjalanan dari arah Serian menghala ke Kuching.

Kedua-dua mangsa telah di bawa ke Hospital Kuching oleh Pihak Ambulan dan Unit EMRS bagi mendapatkan rawatan lanjut. Manakala pemandu Perodua Axia tiada mengalami sebarang kecederaan.

-wiraalam-

Leave a Reply