Blok bangunan lama SMK Terusan Lawas musnah terbakar

Blok Bangunan lama musnah dalam kebakaran. Pihak BOMBA menjalankan kerja-kerja pemadaman. Gambar ihsan bomba

LAWAS: Sebuah blok lama Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan Lawas dekat sini musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Penolong Penguasa Bomba Zaki bin Hussin pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu sekitar jam 7.48 pagi tadi dan dua buah jentera serta sebuah jentera Unit EMRS dikejarkan ke lokasi dengan kekuatan sebelas anggota.

“Setibanya di lokasi yang terletak 18 km dari balai, hampir setengah 20 minit kemudian, pasukan mendapati api telah membakar hampir 100 peratus bangunan tersebut.

“Anggota kita pantas membuat kepungan memandangkan struktur bangunan separuh kekal dan berjaya mengawal api dalam tempoh 15 minit,” katanya.
Kerja-kerja penyejukan dan pemadaman sepenuhnya pula tamat sekitar jam 12.34 tengah hari, katanya.

Kata Zaki lagi, siasatan awal mendapati bahawa tiada mangsa yang terlibat dan kebakaran melibatkan kawasan bangunan seluas 20 x 160 kaki.

Sementara itu, Zaki menjelaskan pihaknya juga telah menghantar pasukan forensik bagi menyiasat kes kebakaran yang melibatkan struktur bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan Lawas. Jumlah kerugiaan masih tidak diketahui.

-wiraalam-

Leave a Reply